Tuesday, 26 July 2016

JENIS-JENIS BIOMETRIK

Terdapat beberapa organ manusia yang boleh digunakan untuk diaplikasikan melalui sistem biometrik.

Antaranya ialah:-

a. Cap jari

 Cap jari antara individu adalah berlainan dan berbeza. Ini kerana pihak undang-undang telah mendapati bahawa cap jari adalah suatu pengenalan diri yang unik.

Corak dan garisan halus yang terdapat pada jari merupakan maklumat mengenai diri seseorang individu yang boleh dikenalpasti.





b. Mata

Mata juga mempunyai keistimewaannya tersendiri yang mana di dalam sistem biometrik, ia menekan kepada maklumat yang terdapat pada bentuk atau corak urat mata dalam retina.

Sistem ini merupakan sistem yang pertama diperkenalkan yang mana ia memerlukan cahaya yang dipancar secara dekat ke dalam mata untuk mengenal pasti corak retina. Ia merupakan sistem keselamatan yang betul-betul terjamin.


c. Tangan

Sistem biometrik juga menggunakan ciri tangan yang berbeza secara tiga dimensi termasuk panjang, luas ketebalan corak jari, urat dan ciri-ciri lain.

Sistem ini biasanya digunakan sebagai kawalan untuk memasuki sesebuah bangunan yang mana seseorang itu perlu meletakkan tangannya ke atas alat yang disediakan untuk diperiksa dan dinilai oleh video kamera.

Kemudian ia akan ditafsirkan kepada imej tangan tersebut dengan imej tangan yang telah direkodkan dalam komputer.



d. Muka

Muka juga boleh digunakan dalam tujuan pengenalan dan keselamatan yang mana video kamera akan meneliti muka dan ciri-ciri lain yang terdapat di muka dan membuat perbandingan dengan imej muka yang pernah direkodkan di dalam komputer.

Sistem akan mengenal pasti muka seseorang secara automatik apabila kamera video dihalakan ke muka seseorang.

Bentuk kepala seseorang individu seseorang turut diambil kira dan ia sesuai diaplikasikan dalam keadaan gelap yang mana muka seseorang tidak dapat dilihat.


e. Suara

Pengenalan individu melalui suara adalah agak terhad. Ini adalah kerana individu tersebut perlu merekodkan suaranya terlebih dahulu di dalam sistem dan sistem pula perlu mengenalpasti identiti individu tersebut.

Individu hanya perlu menyebut satu perkataan sahaja untuk dikenalpasti dalam sistem sedia ada.

Penilaian suara dan penilaian ucapan adalah berbeza kerana dalam penilaian ucapan, komputer cuba memahami maksud ucapan yang diberikan.

Monday, 25 July 2016

KESELAMATAN KOMPUTER

Definisi Keselamatan Komputer

Melindungi sistem komputer dan maklumat di dalamnya daripada akses yang tidak dibenarkan yang boleh menyebabkan kerosakan dan perubahan pada sistem dan maklumat komputer tersebut.


Jenis Keselamatan Komputer

Keselamatan komputer terbahagi kepada dua kategori iaitu :

  1. Ancaman Keselamatan 
  2. Langkah-langkah Keselamatan 

Contoh-contoh bagi setiap kategori adalah seperti berikut :

Ancaman Keselamatan
















Langkah-langkah Keselamatan

Saturday, 23 July 2016

TIPS MEMANJANGKAN PENGGUNAAN BATERI KOMPUTER NOTEBOOK

Penggunaan komputer notebook menjadi sangat praktikal kerana keupayaannya untuk dibawa ke mana-mana dan boleh digunakan tanpa memerlukan soket elektrik. Sesetengah komputer notebook yang terkini boleh bertahan selama hampir 4 jam dengan menggunakan bateri. Namun begitu, sekiranya anda perlu menggunakan komputer notebook untuk jangka masa yang panjang di satu-satu tempat di mana punca elektrik tidak didapati atau anda tertinggal adapter kuasa untuk komputer notebook anda, tips-tips berikut mungkin boleh membantu:


PENJAGAAN KOMPUTER NOOTEBOOK.




1. Penjagaan bateri dengan baik.

Bateri perlu dijaga dengan baik untuk memanjangkan jangka hayat dan prestasinya. Kaedah yang terbaik untuk penjagaan bateri ialah dengan memastikan bateri digunakan secara maksimum sebelum dicas semula. Pengguna juga dinasihatkan supaya menyambungkan soket kuasa kepada komputer notebook hanya apabila amaran low battery diberikan walaupun soket kuasa boleh didapati di tempat kerja. Secara mudah, habiskan kuasa bateri anda dahulu dan baru gunakan soket kuasa.

2. Lakukan defragmentation secara berkala.

Fungsi disk defragmenter adalah untuk menyusun semula kedudukan data di dalam hard disk supaya ianya tersusun rapi dan berada dalam kedudukuan yang berhampiran di antara satu sama lain. Apabila kedudukan data berada berdekatan di antara satu sama lain, hard disk lebih cepat untuk mendapatkan data yang diperlukan dan penggunaan tenaga untuk hard disk dapat dikurangkan. Sebaiknya, lakukan disk defragmenter pada kadar seminggu atau dua minggu sekali.

Untuk melakukannya, klik Start Menu – All Program – Accessories
– System Tools – Disk Defragmenter, dan gunakan paparan yang disediakan.

3. Gunakan fungsi Hibernate untuk memadamkan komputer.

Kebiasaannya, pengguna komputer akan memilih untuk menggunakan pilihan Shut Down untuk memadamkan komputer. Selain daripada Shut Down, komputer juga sebenarnya boleh dipadamkan menggunakan pilihan Hibernate.
  • Shut Down berfungsi menutup semua aplikasi yang dijalankan oleh sesebuah computer sebelum memadamkan kuasanya. Apabila komputer tersebut dihidupkan semula, semua aplikasi yang perlu dijalankan oleh sesebuah komputer termasuk antivirus, rangkaian dan aplikasi pejabat dihidupkan semasa proses booting iaitu semasa komputer baru dihidupkan. Proses mengaktifkan kembali kesemua aplikasi yang diperlukan oleh komputer kadang kala mengambil masa yang agak panjang dan menggunakan lebih banyak kuasa bateri.

  • Hibernate pula berfungsi dengan menyimpan maklumat mengenai kedudukan terakhir aplikasi-aplikasi yang sedang aktif dalam sesebuah komputer sejurus sebelum ianya dipadamkan. Apabila komputer tersebut dihidupkan semula, sistem pengoperasian tidak perlu memulakan semula semua aplikasi yang diperlukan dari awal, sebaliknya sistem akan merujuk kepada maklumat yang telah disimpan tadi supaya computer dapat kembali kepada keadaan terakhir sebelum dipadamkan.
4. Kurangkan kecerahan skrin (brigthness).

Kecerahan skrin boleh mempengaruhi penggunaan bateri. Semakin cerah penggunaan skrin, semakin tinggi penggunaan bateri. Oleh itu, kurangkan kecerahan skrin untuk memaksimumkan penggunaan bateri.

5. Elakkan memainkan lagu dan penggunaan disc drive.

Pada waktu yang memerlukan penggunaan bateri yang maksimum, elakkan memainkan lagu sebagai hiburan ketika melakukan kerja kerana ia memerlukan tenaga tambahan untuk speaker komputer dan menjalankan aplikasi pemain media. Elakkan juga penggunaan disc drive sama ada CD-ROM atau DVD-ROM, apatah lagi memindahkan data ke dalam CD-RW atau DVD-RW kerana ia menggunakan tenaga yang banyak.

6. Laraskan Power Option.

Power Option boleh dilaraskan untuk memberikan penjimatan tenaga yang terbaikdi saat-saat yang diperlukan. Power Options boleh didapati melalui menu Control Panel Bagi pengguna biasa, tetapkan Power Options kepada Laptop / Portable atau pilihan yang lebih baik. Sekiranya anda lebih mahir, laraskan tempoh yang optimum berdasarkan penggunaan anda untuk komputer memadamkan skrin, hard disk serta masuk ke mod standby dan hibernate.

7. Padamkan fungsi Wi-Fi.

Kebanyakan pengeluar komputer notebook menetapkan supaya fungsi Wi-Fi diaktifkan setiap kali komputer dibuka. Fungsi ini boleh dipadamkan untuk menjimatkan tenaga kerana kelengkapan Wi-Fi di dalam komputer notebook juga menggunakan tenaga yang banyak.

8. Elakkan membuka aplikasi yang tidak digunakan.

Elakkan membuka banyak aplikasi yang tidak digunakan. Aplikasi yang tidak digunakan tetapi dibiarkan aktif akan mengurangkan ruang memori RAM yang boleh digunakan oleh sistem dan kadang kala menggunakan processor. Dalam keadaan ini, processor akan lebih banyak digunakan untuk menguruskan penggunaan RAM yang terhad dan akibatnya kuasa bateri akan cepat habis.

9. Elakkan penggunaan peralatan menggunakan USB.

Peralatan tambahan seperti speaker, kipas penyejuk, lampu kecil, pengecas bateri
telefon dan sebagainya yang menggunakan USB mengambil tenaga elektrik dari computer melalui sambungan USB. Penggunaan peralatan-peralatan sedemikian perlu dielakkan sekiranya keutamaan pada satu-satu masa adalah untuk memaksimumkan penggunaan bateri.

10. Dapatkan bateri kedua.

Sekiranya anda perlu bergantung kepada bateri komputer dalam jangka masa yang lebih panjang, pilihan yang terbaik adalah untuk mendapatkan bateri kedua sebagai gantian. Hubungi semula pengedar komputer anda untuk membeli bateri gentian pada harga di antara RM150-RM350, bergantung pada jenis komputer.





SELAMAT MENCUBA !!

SEJARAH PERKEMBANGAN KOMPUTER



KOMPUTER GENERASI PERTAMA

Komputer generasi pertama adalah ENIAC, yang merupakan komputer elektronik pertama didunia yang mempunyai bobot seberat 30 ton, panjang 30 M dan tinggi 2.4 M dan membutuhkan daya listrik 174 kilowatts. Komputer generasi pertama ini menggunakan Tabung hampa udara (vacum-tube) yang terbuat dari kaca untuk penguat sinyal. Namun hal tersebut masih banyak mempunyai kendala seperti: mudah pecah, dan cepat menyalurkan panas.

  • Sejarah perkembangan konputer generasi pertama memiliki ciri-ciri sebagai berikut :
  • Pada generai ini komputer masih banyak mengeluarkan panas.
  • Menggunakan komponen elektronikanya yang terbuat dari Tabung Hampa Udara (Vacuum Tube).
  • Program dibuat dalam bahasa mesin (Machine Language), yang programnya tersimpan dalam memori komputer.
  • Utuk mengoprasikannya pun membutuhkan kekuatan listrik yang cukup besar.
  • Kapasitas yang disediakan untuk penyimpannan data sangat kecil dan terbatas.
  • Programnya masih menggunakan bahasa mesin dengan menggunakan kode 0 dan 1 dalam urutan tertentu.
  • Prosesnya relatif lambat.
  • Mempunyai Ukuran atau bentuk yang sangat besar sehingga diperlukan sebuah ruangan yang yang cukup lebar hanya untuk meletakan komputer ini.
  • Orientasi utama pada aplikasi bisnis.
  • Menggunakan sistem luar magnetic tape dan magnetic disk.
  • Komputer Generasi kedua

KOMPUTER GENERASI KEDUA




Sejarah perkembangan komputer generasi kedua lahir pada tahun 1960-an, penemuan transistor sanggat mempenggaruhi perkembangan komputer pada saat itu. Transistor dapatb menggantikan Tabung hampa udara. Dan hal tersebut tentunya megubah semua ukuran mesin-mesin elektrik . Transistor mulai digunakan pada komputer sekitar tahun 1956-an. Penemuan lain yang berupa pengembangan memori inti-magnetik membantu pengembangan komputer generasi kedua yang lebih kecil, lebih cepat, lebih dapat diandalkan, dan lebih hemat energi dibanding dengan komputer generasi pertama.
Perkembangan Komputer Generasi kedua ini memiliki ciri-ciri sebagai berikut :

  • Program dapat dibuat dengan bahasa tingkat tinggi (high level language), seperti FORTRAN, COBOL, ALGOL.
  • Kapasitas memori utama sudah lumayan besar
  • Sirkutinya adalah transistor.
  • Ukuran fisik komputer lebih kecil dari komputer generasi pertama
  • Tidak membutuhkan terlalu banyak listrik
  • berorientasi pada bisnis dan teknik
  • Proses operasi sudah cepat


KOMPUTER GENERASI KETIGA



Komputer generasi ketiga merupakan sebuah perkembangan yang sangat pesat dari perkembangan komputer yang ada. Komputer generasi ketiga muncul sejak era 1965-1971-an. Transistor yang dianggap tidak effisien lagi membuat para ilmuan mencari alternatif lain dan kemudian di temukan pada batu kuarsa ( Quartz rock ). Jack Kilby, seorang insinyur di Texas Instrument, mengembangkan sirkuit terintegrasi (IC : integrated circuit) di tahun 1958. Hal ini merupakan sebuah inovasi yang dapat mendongkrak munculnya komputer generasi ketiga.

KOMPUTER GENERASI KEEMPAT




Setelah IC ditemukan, perkembangan komputer semakin pesat dan jelas. Pada tahun 1971 chip INTEL 4004 membawa kemajuan besar dalam dunia IC, intel berhasil memasukan semua komponen dalam sebuah komputer (central processing unit, memori, dan kendali input/output) kedalam sebuah chip tunggal yang sangat kecil, jika sebelumnya IC digunakan untuk mengerjakan pekerjaan  tertentu saja maka pada masa ini mikroprosesor dapat diproduksi dan di program untuk menjalankan seluruh kebutuhan yang diinginkan.

Perkembangan Komputer generasi keempat memiliki ciri-ciri sebagai berikut :
  • Dikembangkan komputer mikro yang menggunakan micro processor dan semiconductor yang berbentuk chip untuk memori komputer.
  • Pada generasi ini komputer sudah memaki Large Scale Integration (LSI)



KOMPUTER GENERASI KELIMA



Sejarah perkembangan komputer generasi kelima adalah komputer yang kita gunakan sekarang ini dimana pada generasi ini ditandai dengan munculnya:
  • LSI (Large Scale Integration) yang merupakan pemadatan ribuan microprocessor ke dalam sebuah microprocesor. Selain itu, juga ditandai dengan munculnya microprocessor dan semi conductor.
  • Perusahaan-perusahaan yang membuat micro-processor di antaranya adalah: Intel Corporation, Motorola, Zilog dan lainnya lagi. Di pasaran bisa kita lihat adanya microprocessor dari Intel dengan model 4004, 8088, 80286, 80386, 80486, dan Pentium.
  • Pentium-4 merupakan produksi terbaru dari Intel Corporation yang diharapkan dapat menutupi segala kelemahan yang ada pada produk sebelumnya, di samping itu, kemampuan dan kecepatan yang dimiliki Pentium-4 juga bertambah menjadi 2 Ghz.
  • Gambar-gambar yang ditampilkan menjadi lebih halus dan lebih tajam, di samping itu kecepatan memproses, mengirim ataupun menerima gambar juga menjadi semakin cepat.


TIPS PENJIMATAN TENAGA DALAM PENGGUNAAN KOMPUTER SEHARI-HARI










JOM TENGOK!!


1. Belilah komputer yang dilengkapi Energy Star. Sebagai catatan, laptop menggunakan lebih sedikit tenaga dibandingkan desktop.

2. Rancang penggunaan komputer sehingga semua kegiatan dapat diselesaikan dalam satu waktu, dan matikan komputer jika tidak digunakan lagi.

3. Pertimbangkan menggunakan monitor yang lebih kecil – monitor berukuran 14 inci menggunakan 40 peratus tenaga lebih rendah dibandingkan dengan monitor 17 inci.

4. Aktifkan mod standby/sleep dan pengaturan penggunaan tenaga.

5. Lupakan screen saver – screen saver tidak menjimatkan tenaga kecuali masih menggunakan monitor monochrome yang lama.

6. Lihat dokumen dan email pada skrin daripada mencetaknya.

7. Matikan monitor jika tidak digunakan daripada menggunakan screen saver.

8. Pertimbangkan untuk menggunakan printer ink-jet – walaupun lebih lambat dari pada menggunakan printer laser, tapi inkjet menggunakan 80-90 peratus tenaga lebih sedikit.