BAHAN / NOTA


A.APA ITU KOMPUTER?




  • Alat atau mesin elektronik yang boleh diaturcarakan untuk  menerima data dan mengolah data, seperti melakukan  pengiraan matematik logik atau pemprosesan lain dan  kemudian mengeluarkan data terproses secara bersistem
  • Boleh menerima dari manusia dan kemudian memprosesnya serta menyimpan semua Maklumat tersebut untuk kegunaan kemudian dan mengeluarkansatu keputusan untuk semakan pengguna 
  • Berfungsi sebagai alat untuk memproses data menjadi  maklumat

B.MENGENALI KOMPONEN-KOMPONEN KOMPUTER






1. MONITOR
Monitor komputer merupakan sejenis peranti perisian output yang berupaya memaparkan aksara dan/atau imej, baik diam atau bergerak, yang dijanakan oleh komputer dan diproseskan oleh kad grafik.


2. CENTRE PROCESSING UNIT
CPU atau unit pemprosesan pusat ialah salah satu bahagian di dalam komputer yang menterjemah dan melaksanakan arahan dalam perisian. Dalam kebanyakan CPU, tugas perlaksanaan ini dibahagi kepada Unit Pengawal (Control Unit) (yang mengawal aliran aturcara), dan satu atau lebih Unit Pelaksana (Execution Units) yang melakukan operasi terhadap data. Selalunya, satu koleksi daftar (register) disertakan sekali bagi menyimpan operator (operand) dan hasil proses. 

3. KEYBOARD (PAPAN KEKUNCI)
Papan kekunci digunakan untuk memasukkan data dan teks ke dalam komputer.  Papan kekunci terdapat kekunci (keys) yang disusun hampir sama dengan mesin taip.
Papan kekunci boleh dibahagikan kepada beberapa jenis:
  a. Papan kekunci biasa
  b. Papan kekunci Ergonomi

4. MOUSE (TETIKUS)
Tetikus ialah peranti yang digunakan untuk menggerakkan penunding (pointer) ke seluruh bahagian skrin monitor.

Terdapat 2 jenis tetikus iaitu:
  a.Tetikus Optical
  b.Tetikus Tanpa wayar

5. UPS

UPS adalah satu peralatan yang boleh digunakan untuk menghalang komputer kita dari tiba-tiba berhenti berfungsi apabila ketiadaan elektrik. Dengan adanya UPS komputer boleh dipadamkan mengikut langkah yang betul. 

6. PRINTER
Printer adalah salah satu hardware (perangkat keras) yang terhubung ke komputer dan mempunyai fungsi untuk mencetak tulisan, gambar dan tampilan lainnya dari komputer ke media kertas atau sejenis. Istilah yang dikenal pada resolusi printer disebut dpi (dot per inch). Maksudnya adalah banyaknya jumlah titik dalam luas area 1 inci. Semakin tinggi resolusinya maka akan semakin bagus cetakan yang dihasilkan. Sebaliknya, jika resolusinya rendah maka hasil cetakan akan buruk / tidak bagus

6. SPEAKER


7. MICROPHONE


C.PERKAKASAN KOMPUTER

1. APA ITU PERKAKASAN KOMPUTER?

Merupakan komponen jenis fizikal yang dihubungkan secara terus dengan komputer atau sistem yang lain. Ia juga merupakan alat yang digunakan sebagai input, dan aktiviti pemprosesan serta output.

2. KOMPONEN-KOMPONEN PERKAKASAN KOMPUTER
  • Unit Pemprosesan Pusat (CPU)
  • Unit-unit Input
  • Unit-unit output
  • Komponen Storan
  • Komponen Ingatan
I- Unit Pemprosesan Pusat (CPU)

ü  Dikenali sebagai pusat atau otak sistem komputer 

ü  Merupakan bahagian komputer yang paling rumit dan berkuasa 

ü  Antara tugas utama : 
§  Menginput maklumat-maklumat ( Data dan Program ) ke dalam sistem computer
§  Menyimpan arahan-arahan dan data-data yang digunakan untuk pemprosesan
§  Melaksanakan arahan-arahan pemprosesan data
§  Memindahkan hasil-hasil pemprosesan kepada bentuk yang difahamidan boleh digunakan oleh manusia ataupun komputer-komputer lain 

üKomponen dalam CPU 
 §  Unit Kawalan (Control Unit)
 §  Unit Arithmetik/Logik (Arithmetic Logic Unit)


II- Unit-unit Input

Peranti Input merujuk kepada perkakasan yang digunakan oleh pengguna untuk memberi arahan dan memasukkan program dan data kepada komputer

Jenis‐jenis peranti input komputer:

  • Papan Kekunci (Keyboard)
  • Tetikus (Mouse)
  • Mikrofon
  • Pengimbas (Scanner)
  • Kamera Digital
  • Joystick
  • Pengimbas Kod Bar (Barcode Scanner)
  • Mesin CT X‐Ray
  • Pembaca Kad Pintar (Smartcard Reader)
  • Pengimbas Cap Jari
III- Unit-unit Input

Peranti Output merujuk kepada maklumat yang terhasil ekoran daripada proses pemprosesan data

Contoh peralatan bagi peranti output:

  • Monitor 
  • Pembesar Suara 
  • Pencetak 
  • Mesin plot (Plotters)

IV- Komponen Storan

Digunakan untuk menyimpan data, perisian aplikasi dan perisian sistem pengoperasian

Contoh media storan:

  • Pita magnet (magnetic tape) 
  • Cakera liut (magnetic disc) 
  • Cakera keras (hard disc) 
  • Cakera optik (compact disc/digital video data)
  • Pemacu Keras USB
  • Kad Memori

V- Komponen Ingatan

Terbahagi kepada 2 iaitu:
  • RAM (Random Access Memory) 
  • ROM (Read Only Memory) 
Kedua‐duanya mempunyai fungsi yang agak sama iaitu mengandungi data atau arahan yang akan digunakan oleh pemproses untuk melaksanakan tugasan

Juga mempunyai ciri‐ciri yang sama iaitu:

  • Lokasi alamat (address location) – tempat/ruang bagi prosesor menyimpan arahan dan data 
  • Ruapan (volatility) – samada ingatannya kekal atau tidak apabila bekalan eletrik dimatikan 
  • Capaian masa (access time) – masa yang diambil oleh prosesor untuk membaca dan menulis arahan

D.PERISISAN KOMPUTER

1. APA ITU PERISIAN KOMPUTER?
  • Perisian adalah program-program yang dibangunkan untuk membolehkan komputer melakukan sesuatu tugas tertentu.
  • Setiap perisian hanya boleh melakukan apa yang telah diprogramkan didalamnya.
  • Setiap perisian mempunyai perbezaan dengan perisian yang lain
  • Perisian perlu dipasang (install) ke dalam komputer sebelum menggunakannya.


2CONTOH PERISIAN KOMPUTER



3JENIS-JENIS PERISISAN


Perisian boleh dikategorikan kepada tiga jenis iaitu:
  •   Perisian Sistem Pengendalian
  •   Perisian Aplikasi
  •   Perisian Utiliti


I- Perisian Sistem Pengendalian

Perisian sistem pengendalian ialah program yang mengawal dan menyelaras semua aktiviti komputer.
Antara kerja-kerja yang dilakukan oleh sistem pengendalian ialah

  • Menyediakan antaramuka
  • Memasang perisian
  • Melancarkan perisian
  • Memperuntukkan ruang memori
Contoh Sistem Pengendalian ialah
 - Windows, Linux dan Mac OS

II- Perisian Aplikasi


Perisian aplikasi ialah program yang membantu pengguna melaksanakan tugas khusus.
Contoh perisian aplikasi
  • Pemprosesan kata (Word, Notepad)
  • Hamparan elektronik (Excel,Statistica)
  • Persembahan elektronik (powerpoint)
  • Pangkalan data (Access,oracle)
  • Penyunting grafik (paint, photoshop)
  • Pemain media (winamp, real player)
III- Perisian Utiliti

Perisian utiliti adalah untuk menyenggara perisian dan perkakasan komputer.
Contoh program utiliti
  • Program pengurusan fail (file manager)
  • Program diagnostik (disk cleanup)
  • Program defragmentasi Disk defragmenter)
  • Program antivirus (Norton, AVG, Kaspersky)



ASAS PENGATURCARAAN  **Akan datang

ASAS RANGKAIAN             **Akan datang

ASAS MULTIMEDIA            **Akan datang


No comments:

Post a Comment