Saturday, 23 July 2016

TIPS MEMANJANGKAN PENGGUNAAN BATERI KOMPUTER NOTEBOOK

Penggunaan komputer notebook menjadi sangat praktikal kerana keupayaannya untuk dibawa ke mana-mana dan boleh digunakan tanpa memerlukan soket elektrik. Sesetengah komputer notebook yang terkini boleh bertahan selama hampir 4 jam dengan menggunakan bateri. Namun begitu, sekiranya anda perlu menggunakan komputer notebook untuk jangka masa yang panjang di satu-satu tempat di mana punca elektrik tidak didapati atau anda tertinggal adapter kuasa untuk komputer notebook anda, tips-tips berikut mungkin boleh membantu:


PENJAGAAN KOMPUTER NOOTEBOOK.




1. Penjagaan bateri dengan baik.

Bateri perlu dijaga dengan baik untuk memanjangkan jangka hayat dan prestasinya. Kaedah yang terbaik untuk penjagaan bateri ialah dengan memastikan bateri digunakan secara maksimum sebelum dicas semula. Pengguna juga dinasihatkan supaya menyambungkan soket kuasa kepada komputer notebook hanya apabila amaran low battery diberikan walaupun soket kuasa boleh didapati di tempat kerja. Secara mudah, habiskan kuasa bateri anda dahulu dan baru gunakan soket kuasa.

2. Lakukan defragmentation secara berkala.

Fungsi disk defragmenter adalah untuk menyusun semula kedudukan data di dalam hard disk supaya ianya tersusun rapi dan berada dalam kedudukuan yang berhampiran di antara satu sama lain. Apabila kedudukan data berada berdekatan di antara satu sama lain, hard disk lebih cepat untuk mendapatkan data yang diperlukan dan penggunaan tenaga untuk hard disk dapat dikurangkan. Sebaiknya, lakukan disk defragmenter pada kadar seminggu atau dua minggu sekali.

Untuk melakukannya, klik Start Menu – All Program – Accessories
– System Tools – Disk Defragmenter, dan gunakan paparan yang disediakan.

3. Gunakan fungsi Hibernate untuk memadamkan komputer.

Kebiasaannya, pengguna komputer akan memilih untuk menggunakan pilihan Shut Down untuk memadamkan komputer. Selain daripada Shut Down, komputer juga sebenarnya boleh dipadamkan menggunakan pilihan Hibernate.
  • Shut Down berfungsi menutup semua aplikasi yang dijalankan oleh sesebuah computer sebelum memadamkan kuasanya. Apabila komputer tersebut dihidupkan semula, semua aplikasi yang perlu dijalankan oleh sesebuah komputer termasuk antivirus, rangkaian dan aplikasi pejabat dihidupkan semasa proses booting iaitu semasa komputer baru dihidupkan. Proses mengaktifkan kembali kesemua aplikasi yang diperlukan oleh komputer kadang kala mengambil masa yang agak panjang dan menggunakan lebih banyak kuasa bateri.

  • Hibernate pula berfungsi dengan menyimpan maklumat mengenai kedudukan terakhir aplikasi-aplikasi yang sedang aktif dalam sesebuah komputer sejurus sebelum ianya dipadamkan. Apabila komputer tersebut dihidupkan semula, sistem pengoperasian tidak perlu memulakan semula semua aplikasi yang diperlukan dari awal, sebaliknya sistem akan merujuk kepada maklumat yang telah disimpan tadi supaya computer dapat kembali kepada keadaan terakhir sebelum dipadamkan.
4. Kurangkan kecerahan skrin (brigthness).

Kecerahan skrin boleh mempengaruhi penggunaan bateri. Semakin cerah penggunaan skrin, semakin tinggi penggunaan bateri. Oleh itu, kurangkan kecerahan skrin untuk memaksimumkan penggunaan bateri.

5. Elakkan memainkan lagu dan penggunaan disc drive.

Pada waktu yang memerlukan penggunaan bateri yang maksimum, elakkan memainkan lagu sebagai hiburan ketika melakukan kerja kerana ia memerlukan tenaga tambahan untuk speaker komputer dan menjalankan aplikasi pemain media. Elakkan juga penggunaan disc drive sama ada CD-ROM atau DVD-ROM, apatah lagi memindahkan data ke dalam CD-RW atau DVD-RW kerana ia menggunakan tenaga yang banyak.

6. Laraskan Power Option.

Power Option boleh dilaraskan untuk memberikan penjimatan tenaga yang terbaikdi saat-saat yang diperlukan. Power Options boleh didapati melalui menu Control Panel Bagi pengguna biasa, tetapkan Power Options kepada Laptop / Portable atau pilihan yang lebih baik. Sekiranya anda lebih mahir, laraskan tempoh yang optimum berdasarkan penggunaan anda untuk komputer memadamkan skrin, hard disk serta masuk ke mod standby dan hibernate.

7. Padamkan fungsi Wi-Fi.

Kebanyakan pengeluar komputer notebook menetapkan supaya fungsi Wi-Fi diaktifkan setiap kali komputer dibuka. Fungsi ini boleh dipadamkan untuk menjimatkan tenaga kerana kelengkapan Wi-Fi di dalam komputer notebook juga menggunakan tenaga yang banyak.

8. Elakkan membuka aplikasi yang tidak digunakan.

Elakkan membuka banyak aplikasi yang tidak digunakan. Aplikasi yang tidak digunakan tetapi dibiarkan aktif akan mengurangkan ruang memori RAM yang boleh digunakan oleh sistem dan kadang kala menggunakan processor. Dalam keadaan ini, processor akan lebih banyak digunakan untuk menguruskan penggunaan RAM yang terhad dan akibatnya kuasa bateri akan cepat habis.

9. Elakkan penggunaan peralatan menggunakan USB.

Peralatan tambahan seperti speaker, kipas penyejuk, lampu kecil, pengecas bateri
telefon dan sebagainya yang menggunakan USB mengambil tenaga elektrik dari computer melalui sambungan USB. Penggunaan peralatan-peralatan sedemikian perlu dielakkan sekiranya keutamaan pada satu-satu masa adalah untuk memaksimumkan penggunaan bateri.

10. Dapatkan bateri kedua.

Sekiranya anda perlu bergantung kepada bateri komputer dalam jangka masa yang lebih panjang, pilihan yang terbaik adalah untuk mendapatkan bateri kedua sebagai gantian. Hubungi semula pengedar komputer anda untuk membeli bateri gentian pada harga di antara RM150-RM350, bergantung pada jenis komputer.





SELAMAT MENCUBA !!

No comments:

Post a Comment