Terdapat beberapa organ manusia yang boleh digunakan untuk
diaplikasikan melalui sistem biometrik.
Antaranya ialah:-
a. Cap jari
Corak dan garisan halus yang terdapat pada jari merupakan
maklumat mengenai diri seseorang individu yang boleh dikenalpasti.
b. Mata
Mata juga mempunyai keistimewaannya tersendiri yang mana di
dalam sistem biometrik, ia menekan kepada maklumat yang terdapat pada bentuk
atau corak urat mata dalam retina.
Sistem ini merupakan sistem yang pertama diperkenalkan yang
mana ia memerlukan cahaya yang dipancar secara dekat ke dalam mata untuk
mengenal pasti corak retina. Ia merupakan sistem keselamatan yang betul-betul
terjamin.
c. Tangan
Sistem biometrik juga menggunakan ciri tangan yang berbeza
secara tiga dimensi termasuk panjang, luas ketebalan corak jari, urat dan
ciri-ciri lain.
Sistem ini biasanya digunakan sebagai kawalan untuk memasuki
sesebuah bangunan yang mana seseorang itu perlu meletakkan tangannya ke atas
alat yang disediakan untuk diperiksa dan dinilai oleh video kamera.
Kemudian ia akan ditafsirkan kepada imej tangan tersebut
dengan imej tangan yang telah direkodkan dalam komputer.
d. Muka
Muka juga boleh digunakan dalam tujuan pengenalan dan
keselamatan yang mana video kamera akan meneliti muka dan ciri-ciri lain yang
terdapat di muka dan membuat perbandingan dengan imej muka yang pernah
direkodkan di dalam komputer.
Sistem akan mengenal pasti muka seseorang secara automatik
apabila kamera video dihalakan ke muka seseorang.
Bentuk kepala seseorang individu seseorang turut diambil
kira dan ia sesuai diaplikasikan dalam keadaan gelap yang mana muka seseorang
tidak dapat dilihat.
e. Suara
Pengenalan individu melalui suara adalah agak terhad. Ini
adalah kerana individu tersebut perlu merekodkan suaranya terlebih dahulu di
dalam sistem dan sistem pula perlu mengenalpasti identiti individu tersebut.
Individu hanya perlu menyebut satu perkataan sahaja untuk
dikenalpasti dalam sistem sedia ada.
Penilaian suara dan penilaian ucapan adalah berbeza kerana
dalam penilaian ucapan, komputer cuba memahami maksud ucapan yang diberikan.
No comments:
Post a Comment